Kelas Microsoft Word & Website
15 Julai 2016 | Aktiviti Terkini
Pada 14 Julai 2016, pihak pengurusan Pusat Internet 1 Malaysia Kg Surau telah mengadakan kelas Microsoft Office yang meliputi pembelajaran Microsoft Word dan juga Website. Kelas yang diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia Kg Surau ini telah disertai oleh 6 orang peserta yang merupakan ahli PI sendiri dan kelas tersebut berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 2.00 petang hingga 4.00 petang.
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada para peserta mengenai cara-cara untuk menggunakan Microsoft Word yang mempunyai pelbagai fungi untuk menjadikan karangan atau maklumat yang dicari menjadi lebih menarik dengan memasukkan gambar yang dicari di website. Kelas ini dilihat mampu untuk mendidik peserta agar lebih “celik IT” supaya mampu bersaing dengan masyarakat bandar yang lebih terdedah dengan penggunaan ICT. Serta menarik minat mereka untuk mengaplikasikan fungi Microsoft Office di masa hadapan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: